Make your own free website on Tripod.com
 
   
  Kesan Kepada Alam Sekitar

 A.     Perubahan Langkap

 

  1. Landskap bermaksud pemandangan alam sesuatu kawasan.
  1. Kegiatan mendapatkan sumber alam dan hasil hutan seperti perlombongan, pembalakan, atau pembinaan empangan hidroelektrik telah menyebabkan perubahan pada pandang darat fizikal (landskap) sesuatu kawasan.
  1. Kesan landskap akibat sesuatu aktiviti dapat dilihat dalam jadual di bawah:

 

Aktiviti/ Kegiatan

Kesan terhadap landskap

(a)

Perlombongan

*      Kolam atau tasik besar.

*      Tanah tandus yang hilang kesuburan.

*      Timbunan bukit pasir atau tahi bijih.

*      Lekukan yang dalam, luas, dan bercerun curam.

(b)

Pembalakan

*      Masalah hakisan dan tanah runtuh.

*      Kawasan hutan menjadi lapang dan meningkatkan   suhu.

*      Tanah menjadi tandus dan akan ditumbuhi semak samun.

*      Memusnahkan kawasan tadahan air.

(c)

Pembinaan empangan hidroelektrik

A.     Menyebabkan kawasan hutan yang luas ditenggelami air.

B.     Kemusnahan tumbuh-tumbuhan dan hasil hutan di kawasan itu.

 B.     Pencemaran

 1.      Pencemaran bermaksud masalah yang bolah menimbulkan ketidakselesaan dan mengancam kesihatan manusia dan kehidupan lain.

2.      Pencemaran boleh dibahagikan kepada:

a)      Pencemaran sungai

b)      Pencemaran laut

c)      Pencemaran udara

d)      Pencemaran bunyi

Tumpahan minyak dari kapal

3.      Punca dan kesan pencemaran dapat dilihat dalam jadual di bawah:

 

 

Jenis pencemaran

Punca

Kesan

(a)

Pencemaran sungai

*      Kegiatan pembalakan.

*      Pembuangan sisa taksik dan sampah sarap.

*      Bahan buangan daripada kegiatan melombong bujih timah.

*      Hidupan sungai mati.

*      Air sungai tercemar.

*      Pemendapan bahan terhakis boleh mencetekkan sungai dan menyebabkan berlaku banjir.

(b)

Pencemaran laut

*      Kegiatan melombong petroleum.

*      Tumpahan minyak ke laut.

*      Hidupan laut mati dan tercemar.

(c)

Pencemaran udara

*      Kegiatan pemecahan batu di kuari.

*      Pengeluaran asap daripada kegiatan industri.

*      Pembakaran terbuka.

*      Asap kenderaan.

*      Menjejaskan kesihatan.

*      Berlaku jerebu.

*      Kemusnahan flora dan fauna.

(d)

Pencemaran bunyi

*      Bunyi jentera perkilangan dan pembinaan.

*      Bunyi kenderaan bermotor.

*      Menjejaskan pendengaran.

*      Menimbulkan tekanan dan ketidakselesaan.

 C.     Ancaman Kepupusan

1.      Kegiatan mendapatkan sumber akan memberi kesan kepada sumber itu sendiri.

2.      Sumber yang dikeluarkan tanpa kawalan akan menyebabkan sumber itu habis atau pupus.

3.      Antara kegiatan yang boleh menyebabkan kepupusan sumber ialah:

 

 

Kegiatan

Huraian

(a)

Perlombongan

*      Sumber galian merupakan sumber yang tidak boleh dibaharui. Kegiatan perlombangan tanpa kawalan akan menyebabkan sumber galian kehabisan atau pupus seperti bijih timah dan bijih besi.

(b)

Pembalakan

*      Terdapat hampir 408 spesies pokok yang berguna dalam hutan di Malaysia.

*      Kegiatan pembalakan yang tidak terkawal akan memusnahkan flora dan menjejaskan kehidupan fauna.

(c)

Pembinaan empangan

*      Pembinaan empangan akan menjejaskan habitat hidupan liar dan spesies pokok berharga di hutan.

*      Kawasan hutan juga akan ditenggelami air.

(d)

Perikanan

*      Penggunaan pukat mata halus oleh nelayan boleh menyebabkan anak ikan, sotong, udang, dan ketam terperangkap serta tidak sempat membesar dan membiak.

*      Kesannya, hasil laut akan berkurangan dan boleh pupus.

  Uji Diri