Make your own free website on Tripod.com
 
   
 
   

Kegunaan Sumber Alam dan Sumber Tenaga

1.Sumber alam dan sumber tenaga sangat penting dalam kehidupan manusia.

2.Sesebuah negara yang kaya dengan sumber alam dan tenaga serta berjaya menguruskan sumber itu dengan bijak dan berkesan, akan menjadi sesebuah negara yang maju dan makmur.

3.Antara kepentingan sumber alam dan tenaga kepada sesebuah negara ialah:

      a.Menambahkan pendapatan negara melalui eksport.

      b.Membekalkan bahan mentah bagi sector perindustrian.

      c.Menyediakan peluang perkerjaan

      d.Membangunkan kawasan dan Bandar baru

      e.Mewujudkan jalinan pengangkutan

4.Kengunaan biji timah:

      a.Plat timah

Ø     Membuat tin bekas makanan, bekas bahan kimia dan bekas minyak

Ø     Digunakan dalam pembuatan kereta dan peralatan elektrik

 b.Timah

Ø     Menghasilakn sebatian organic untuk membuat racun serangga dan racun kulat.

c.Timah tulen

Ø     Membuat kelengkapan elektrik dan elektronik serta wayar keluli.

d.Timah plumbum

Ø     Digunakan untuk membuat alat pemadam api dan tangki bahan api.

e.Aloi timah

Ø     Digunakan sebagai pateri

Ø     Digunakan untuk membuat paip dan radiator kereta

Ø     Menghasilakn gangsa untuk membuat duit syiling

Ø     Diperlukan untuk membuat piuter, barang  kemas tiruan dan alat muzik
 

Uji Diri

5.Antara hutan yang utama di Malaysia ialah:

      a)Hutan Paya        b)Hutan Pamah           c) Hutan Tanah Tinggi

6.Hutan paya terdapat di muara sungai atau di pinggir laut yang berlumpur.Di kawasan ini,terdapat poko bakau yang mempunyai kegunaan:

      a.Membuat jeti

      b.Pancang-pancang kayu di kelong.

7.selain pokok bakau, terdapat juga daun nipah yang boleh dijadikan atap rumah.

8.Hutan pamah terdapat di kawasan tanah pamah hingga kawasan kaki bukit.Di kawasan ini terdapat pokok yang berharga seperti cengol, meranti, keruing dan merapuh.

9.Pokok berharga tersebut digunakan untuk:

      a.Membuat kepingan papan kayu dan papan lapis

      b.Membuat rumah ,lantai parket, bingkai pintu, dan tingkap

      c.Membuat bot

      d.Membuat jambatan

      e.Membuat alat muzik

10.Di kawasan hutan tanah tinggi,terdapat pelbagai jenis tumbuhan .Antaranya ialah buluh dan rotan yang boleh dibuat kraf tangan dan perabot.

11.Hasil laut membekalkan sumber protein yang penting kepada penduduk Malaysia.

12.antara kegunaan dan kepentingan hasil laut ialah:

      a)Membekalkan sumber protein

      b)Menambahkan peluang pekerjaan

      c)Membekalkan bahan menta untuk industri memproses dan industri desa seperti mengetin ikan, membuat keropok bebola ikan, dan ikan masin.

13.Sumber alam seperti petroleum , gas asli, arang batu dan air menghasilkan tenaga yang diperlukan dalam kehidupan harian.

14.Stesen jana kuasa yang menghasilkan tenaga elektrik dengan menggunakan air dikenali sebagai stesen jana kuasa hidroelektrik

15.Stesen jana kuasa yang menghasilkan tenaga elektrik dengan menggunakan air, arang batu, gas asli dan petroleum.

16.Pembakaran petroleum atau arang batu di stesen jana kuasa menghasilkan haba yang memanaskan air dan menyebabkan stim berlaku.

17.Stim alam memusingkan turbin yang bersambung dengan jana kuasa dan menghasilkan tenaga elektrik.

18.Petroleum menghasilkan petrol.Apabila pembakaran petrol berlaku dalam enjin, ia akan menghasilkan tenaga yang menggerakkan kenderaan bermotor.

19.salah satu hasil petroleum ialah kerosin.Kerosin merupakan bahan api yang digunakan oleh kapal terbang.

20.Tenaga daripada matahari dikenali sebagai tenaga suria atau tenaga solar.

21.Tenaga suria digunakan untuk memanaskan air di rumah dan menjemur pakaian.

22.Tenaga angin, tenaga ombak dan tenaga nuclear digunakan untuk menjana tenaga elektrik.

Uji Diri