Make your own free website on Tripod.com
 
   
 
Petroluem || Bijih Timah || Hasil Laut  

 

Cara Mendapatkan Sumber

1.Sumber alam yang tidak boleh dibaharui dapat dibahagikan kepada sumber bahan api (gas asli, arang batu, petroleum) dan sumber mineral (bijih timah, tembaga, bauksit, dan emas).

2.Sumber ini didapati dengan cara melombong.Hasilnya akan diproses supaya dapat digunakan dalam kehidupan harian.

A.Petroleum

1.Petroleum merupakan bahan galian dan bahan api yang utama di Malaysia.

2.Malaysia merupakan pengeluar petroleum yang kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Indonesia.

3.Kawasan berikut merupakan contoh kawasan pengeluaran petroleum yang utama di Malaysia:

(a)Dulang,Duyung,Guntong,Pulai,Semangkok Seligi,Sotong dan Tapis di luar pantai Terengganu

(b)Baram,Bayan,Betty,Lutong,Temana dan Tukau di luar pantai Terengganu

(c)Barton,Erd West,Ketam,Semarang dan St.Joseph di luar pantai sabah

4.Cara petroleum dilombong:

      a)Petroleum dilombong dengan menggunakan gerudi.

      b)Gerudi yang dipasang di pelantar menggerudi di dasar laut sehingga ke telaga minyak.

c)Dari tangki pengumpulan, minyak dimasukkan ke dalam kapal untuk dibawa ke loji penapis minyak.

5.Loji penapis minyak terdapat di Kerteh(Terengganu), Port Dickson(Seremban),    Miri(Sarawak) dan Tangga Batu(Melaka).

6.Di loji penapis minyak,minyak mentah dipanaskan sehingga 400¨C di dalam  relau.

Uji Diri

B.Bijih Timah

1.Bijih Timah merupakan hasil galian kedua penting di Malaysia selepas petroleum dan gas asli.

2.Kini,pengeluaran bijih timah negara semakin susut dan berkurangan.

3.Bijih timah penting pada zaman penjajahan kerana membantu dalam pembangunan awal Semenanjung Malaysia.Banyak jalan raya dan kereta api  telah dibina disebabkan perkembangan dalam industri bijih timah.

4.Kebanyakan galian bijih timah dilombong di pantai barat semenanjung Malaysia. Kawasan-kawasan perlombongan utama terletak di sekitar kaki bukit yang dikenal sebagai ^Jaluran bijih timah dan getah ̄yang menganjur dari Perak,Selangor, Negeri sembilan dan Melaka.

Maklumat Tambahan-

Click sini untuk Cara melombong bijih timah

Click sini untuk Uji Diri

C.Hasil Laut

1.Penangkapan ikan,sotong,ketam, dan udang dilakukan di kawasan pantai dan di laut dalam.

2.Antara alat yang digunakan untuk menangkap ikan ialah pukat (pukat tunda, pukat tangkul, pukat jerut, perut hanyut dan pukat tarik.),bubu,rawai, belat, dan kelong.

4.Udang ditangkap menggunakan pukat tunda,gombang atau pompang.

5.Udang dijadikan udang kering,cencaluk dan belacan.

6.Ketam ditangkap menggunakan pukat hanyut bubu lipat ketam atau tangkul ketam.

7.Sotong ditangkap menggunakan candat sotong dan kerang ditangkap menggunakan tangguk atau tangguk bergalah.

8.Sotong dikeringkan menjadi sotong kering atau sate sotong.

9.Tiram didapati di dasar laut dan dikutip oleh penyelam.Terdapat juga tiram yang diternak dipungut menggunakan tali,pancang kayu atau buluh.