Make your own free website on Tripod.com
 
   
 
Jenis Sumber || Sumber yang boleh dibaharui dan tidak boleh dibaharui  

 

Pengenalan

1.     Sumber merupakan sesuatu yang berguna dalam kehidupan manusia.

2.     Sumber adalah sesuatu yang dapat digunakan untuk memenuhi keperluan atau kekurangan yang terdapat pada manusia.

3.     Pengeluaran dan penggunaan sumber perlu diuruskan dengan bijak untuk menjamin bekalan yang berterusan.

 Jenis-jenis Sumber

1.     Terdapat tiga jenis sumber seperti berikut:

Jenis Sumber

Contoh

a. Sumber manusia

> Doktor,guru,petani.

b.Sumber alam

> Udara,air,tanih,tumbuhan semula jadi

c.Sumber tenaga

>Arang batu,petroleum,gas asli

  Uji Diri

A.Sumber Manusia

1.     Sumber manusia merujuk kepada bilangan penduduk,kemahiran dan kebolehan , pengetahuan dan kekuatan fizikal.

2.     Sesebuah negara dapat menjalankan projek pembangunan dengan berjaya, jika mempunyai penduduk yang ramai, berkemahiran dan mempunyai taraf kesihatan yang baik.

      3.     Sumber manusia boleh dibahagikan kepada:

a.Pekerjaan mahir

  -akauntan,jurutera,arkitek dan doctor

b. Pekerjaan separuh mahir

   -juruteknik,penyelia mesin dan tukang besi

c.Pekerja tidak mahir

   -buruh kasar,buruh am

 B.Sumber Alam 

1.     Sumber alam dapat diperoleh daripada persekitaran kita.

2.     Ia meliputi empat sumber yang utama, iaitu:

           a) Air                         b)Tanih

           c) Hasil hutan             d)Hasil laut

C. Sumber Tenaga

1.     Sumber tenaga merujuk kepada bahan mineral dan bahan api yang dapat menghasilkan tenaga.

2.     Sumber tenaga yang terdiri daripada bahan mineral ialah sepertigas asli,petroleum dan arang batu.

3.     Sumber tenaga lain ialah:

a)Tenaga angin                    b)Tenaga geoterma

c)Tenaga ombak                 d)Tenaga hidroelektrik

e)Tenaga solar/suria             f)Tenaga nuclear

4.     Manusia menggunakan sumber tenaga untuk memudahkan kerja harian seperti dijadikan bahan api, menggerakkan jentera dan kenderaan,membekalkan tenaga elektrik dan lain-lain.

  Uji Diri

Sumber Alam Yang Boleh Dan Tidak Boleh Dibaharui

1.Sumber alam boleh dibahagikan kepada:

      a)Sumber alam yang boleh dibaharui

       b)Sumber alam yang tidak boleh dibaharui

 

2.Sumber alam yang boleh dibaharui ialah sumber yang tidak terhad dan boleh digunakan berterusan seperti udara,air,tumbuh-tumbuhan ,binatang,ikan dan  hidupan laut yang lain.

3.Sumber alam boleh dibaharui melalui penanaman semula,kitar semula dan pembiakan semula.

4.Sumber alam yang tidak boleh dibaharui ialah sumber yang tidak boleh diproses semula dan akan habis, pupus, atau hilang selepas digunakan.

5.Contoh sumber alam yang tidak boleh dibaharui ialah arang batu, bijih timah, emas, gas asli, petroleum dan bijih besi.

6.Pengurusan sumber perlu dijalankan dengan baik untuk memastikan sesuatu sumber akan terus wujud dan dapat terus digunakan.Contohnya mengurangkan dan menjimatkan penggunaan sumber alam yang tidak boleh dibaharui dan menggunakan tenaga alternatif seperti tenaga hidroelektirk, tenaga suria dan    tenaga angin.